Saturday, June 6, 2015

Tips Asas Banyakkan Susu Ibu

Susu merundum? nak tips untuk banyakkan susu ibu? Jom ikuti tips yang Wani nak kongsikan ini.

Anda nak buat stok banyak macam ni? Tips di bawah dapat membantu anda. In shaa Allah

Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tips berikut tanpa culas.

1. PAM ATAU SUSUKAN BAYI SETIAP 2 KE 3 JAM

Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan /' Supply and Demand'. Oleh sebab itulah apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila terlalu payu dara kerap dikosongkan. Ia tidak benar.Sebetulnya, lebih kerap payu dara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2. USAH TUNGGU SEHINGGA PENUH

Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah cara anda tu! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukan secara tetap. Dengan demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

3. TANDEM PUMPING

Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payu dara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payu dara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

4. KEBAIKAN PENYUSUAN MALAM

Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

5. MINUM AIR MENCUKUPI

Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. Bagi para ibu menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar. sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Anda juga boleh mengambil air isotonik untuk mengekalkan bendalir dalam badan.. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

6. AMBIL MAKANAN ATAU SUPPLEMENT PENGGALAK PENGELUARAN SUSU

Selain ikuti tips di atas, anda juga disarankan supaya mengambil sumber2 makanan yang yang menggalakkan pengeluaran susu atau anda boleh mengambil supplement. Boleh baca entry saya SET MENYUSU SHAKLEE. Antara makanan penggalak susu ialah kurma, nestum, susu, madu, horlick dan oat. Klik TESTIMONI SET SET MENYUSU untuk melihat hasilnya atau respond pengguna.

Doa banyakkan susu ibu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan