Saturday, June 6, 2015

Mama, Jom belajar teknik power pumping

Tips Tingkatkan Pengeluaran Susu Melalui Power Pumping


Assalamualaikum mommies, hari ni wani nak bagi tips sikit khusus untuk ibu2 yang susu badan dah merundum. Jangan bimbang! ada cara untuk anda usahakan bagi merangsang pengeluaran seperti sedia kala dan salah satunya ialah POWER PUMPING.

APA ITU POWER PUMPING?
Merupakan teknik pengepam yang boleh membantu penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah meniru cara bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING
* Ibu yang kekurangan susu dan berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibatdaripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.

* Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

* Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.

BAGAIMANA TEKNIK POWER PUMPING

 Caranya cukup mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukkan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.
 
Pam Tunggal
Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payudara kiri pula selama10 minit juga. Tukar semula ke payudara kanan selama 10 minit dan seterusnya ke payudara kiri. Lakukan secara berterusan selama 1 jam.

Pam Berganda
Pam kedua0dua belah payudara serental selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit lagi.Setelah itu, rehat 10 minit dan pam lagi selama 10 minit sehingga cukup tempoh satu jam.



BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK DAPATKAN HASILNYA?

Anda jangan ingat buat sekali susu jadi banyak yer. Power Pumping perlukan masa sekurang-kurangnya satu minggu. Walaupunpada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata-mata, teruskan misi sampai dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha , doa dan tawakkal. In Shaa Allah dipermudahkan segala urusan kita Insha Allah.

**Kepada ibu-ibu yang berkerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda disarankan membuat Power Pumping pada malam harinya. In shaa Allah susu takkan berkurangan 

Tips Tambahan 

* Temapatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan  yang tenang tanpa sebarang gangguan.

* Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.

* Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping digabungkan di dalam satu bekas.

Anda nak tahu TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU? Jom baca.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan