Friday, June 19, 2015

Cinch Shake : Bukan Sahaja Kurus Malah Dapat Badan Yang Fit.

Assalamualaikum semua...
Hari ni Wani nak share tentang Cinch Shake Mix yang tak kurang famousnya juga. Wani ada juga cuba Cinch Shake ni walaupun Wani tak diet hehe. Nak tau tak sebab apa? Wani ni walaupun dah sedia kurus tapi ada masalah perut yang agak buncit, maklumlah dah ada anak 3. hehe. Lepas cuba Cinch Shake memang terasa perbezaanya, perut kempis dan pejal sangat, tiada lagi menggeleber seperti baru-baru lepas bersalin dulu. Suka sangat.
Jom kita berkenalan dengan produk Inchloss ni.

Dapatkan badan yang fit dan langsing dengan Cinch Shake

Cinch Shake ni didatangkan dalam 3 perasa : Coklat, Vanilla dan Cafe Latte. Ketiga-tiga ni sedap. Wani biasa ambil yang coklat.





Ada 4 sebab untuk anda memilih Cinch Shake sebagai program diet sihat dan selamat.



1. Ianya diformulasi dengan leucine, asid amino penting untuk membakar kalori dan lemak sambil mengekalkan jisim otot.



2. Dengan leucine, jisim otot kekal. Ini mengekalkan kadar metabolisme badan. Sesetengah produk biasa di pasaran memang membakar lemak, dalam masa yang sama turut membakar otot, yang kemudiannya memperlahankan kadar metabolisme badan. Akibatnya, setelah berat anda turun ketika mengambil produk tersebut, akhirnya akan naik semula setelah berhenti. Ini tidak terjadi dengan Cinch.



3. Cinch kaya dengan protien, dibancuh dengan susu segar sebagai pengganti hidangan makanan. Anda kekal kenyang tanpa rasa lapar yang melampau. Ketika ini, badan akan membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan. 


4. Selepas anda kurus dengan Cinch, anda kekal cantik! Kenapa? Oleh kerana otot-otot yang memejalkan tubuh masih dipelihara dengan baik dengan adanya leucine, ya, tiada paha, lengan dan perut menggeleber!


Kenapa perlu pilih Cinch Shake?
Kesan pada mereka
  • Indeks glisemik rendah – 22; sesuai untuk pengidap kencing manis dan mengekalkan tahap gula darah yang normal dan kekalkan tenaga
  •  Mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino.
         Leucine : memelihara otot semasa menurunkan berat badan
         Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam    protein tertentu.

Kesan pada mereka yang telah mengambil CinchShake ialah kehilangan lemak, berat, inci pada masa yang sama mengekalkan otot mereka.
  • Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.
  • Tinggi protein (24g setiap hidangan) memberikan anda rasa puas dan kenyang.
  • Tinggi serat (6g setiap hidangan)
  • Sumber soya bebas GMO
  • Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan
  • Rasa yang enak memberikan kepuasan semasa menurunkan berat.
**Cinch Shake sesuai untuk semua  golongan lelaki atau wanita sudah berkahwin atau belum, Cinch Shake boleh juga diambil oleh ibu hamil yang  bertujuan untuk stabilkan pertambahan berat badan. Ini kerana kadang2 pertambahan berat yang melampau juga merisaukan kita. Jangan pula niat untuk tidak makan ye :)

Cinch Sebagai Meal Replacement?

Ya, memang benar Cinch Shake sebagai 'meal replacement' atau pengganti makanan kerana ianya sudah lengkap dengan nutrisi yang badan perlukan, 24 jenis vitamin dan mineral. Boleh diambil sebagai sarapan dan makan malam, tak perlu ambil makanan lain dah. Ini sudah jimatttt..hehe

Dah tahu kelebihan, jom kita tengok testimoni-testimoni hebat Cinch Shake ini
        #TESTIMONI 1




  #TESTIMONI 2


  #TESTIMONI 3



  #TESTIMONI 4


  #TESTIMONI 5



  #TESTIMONI 6



  #TESTIMONI 7




Dah tengok testimoni hebat ni pasti teruja nak cuba kan. Boleh Hubungi Wani untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.



Harga 1 canister Cinch Shake : RM 173 (765g/15 servings) Hubungi Wani untuk harga yang paling istimewa!




FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia
 



Thursday, June 18, 2015

Set Berpuasa yang wani amalkan..dah jatuh cinta dah

Assalamualaikum semua pembaca blog wani. Wani dah masuk hari ke 2 kita semua berpuasa. Alhamdulillah hari pertama sudah berlalu dengan jayanya. Alhamdulillah..Alhamdulillah..kebetulan semalam wani cuti sakit ( diserang sakit mata ..hihi) Rutin di rumah untuk uruskan 3 orang anak yang semuanya aktif memang memenatkan dengan urusan rumahtangga lagi. Wani tak tidur pun sejak bangun seawal pukul 4.30 pagi hinggalah ke malam pukul 11 lebih baru dapat rehatkan diri. Alhamdulillah sejujurnya Wani rasa bertenaga sepanjang hari, tak lapar sangat dan tak dahaga sangat. Nak tahu tak apa yang Wani ambil semasa sahur? Jom kita tengok.

Haa nilah dia. Wani suka blend 1 scoop Cinch + 1 scoop ESP + 3 biji kurma + air sejuk
Rasa??
memang marvelous. Sedap sangat tau rasa lemak berkrim gitu.
 

Performance Drink Wani bancuh asing sebab tak berapa suka oren + soya. hehe. Ikut pada citarasa masing-masing ye.

Lepas makan nasi, Wani teguk minuman ni sampai habis. Kenyang sangat2 tau. kadang-kadang(pengalaman semasa puasa ganti), wani tak ambil nasi pun, just ambil 2 keping roti atau namanya 'Benjo' (lapiskan dengan telur goreng dan sos cili+timun+tomato) memang mengenyangkan.

Sebab kenapa Wani pilih minuman ini semasa sahur ? Menu ni bukan untuk orang yang diet sahaja tau.

  • kenyang lebih lama/kurang rasa lapar..Bukan apa wani ni jenis yang selalu kena makan nasi sebab senang dapat gastrik.hihi.
  • kurang rasa dahaga biarpun cuaca panas. Ini disebabkan Performance Drink mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan.
  • Sumber tenaga. ESP dan Performance Drink memberi tenaga. Jadi kiranya energy booster wani laa.
  • Bahagian perut kempis dan pejal. Ini disebabkan Cinch Shake mengandungi  leusine yang mengelakkan badan menggeleber. 
  • Dapat elak gastrik
Selepas sahur, supplement yang lain memang tak boleh tinggal, wani ambil 2 tabs Vitalea, 1 tab BComplex dan 2 tabs VitaC.

Nak tahu lebih detail lagi tentang SET BERPUASA SHAKLEE dan TESTIMONI? Boleh baca yang wani letak linktu ye.

Sekian sahaja sharing dari wani untuk menu sahur.Nanti kita sambung story-story lagi ye.







Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa

Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua. Hari ni dah masuk hari ke2 kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ada tak yang konfius tentang cara nak cukupkan 8 gelas air masak setiap hari di bulan ni? Berpuasa tiada alasan untuk kita kurang minum air kan. Wani nak share Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Ramadhan .


Yeayyyy...cukup 8 gelas air masak. Kalau tak mampu nak cukupkan jugak, Wani suggest ambil Performance Drink di bulan puasa, sangat baik untuk memberikan tenaga dan mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan. Sangat disyorkan untuk orang yang tak cukup minum air dan lesu semasa berpuasa. Selamat beramal :)


Jadual Makan Vitamin Shaklee di Bulan Puasa.

Assalamualaikum semua, salam Ramadhan, Salam Jumaat. Semoha di hari baij, bulan baik membawa seribu keberkatan untuk kita semua:)

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana cara makan supplement Shaklee sepanjang bulan Puasa atau ketika berpuasa kan.
Hari ni Wani nak share. Formula yang Wani nak bagi ni senang je :


1.Yang biasa ambil pagi  - ambil selepas berbuka puasa
2.Yang biasa ambil tengah hari - ambil selepas Terawikh/moreh
3.Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur


PERSIAPAN SEBELUM/ SEMASA BERPUASA
  • Amalkan pemakanan yang seimbang.
  • Banyakkan minum - susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
  • Ambil suplemen – ESP, MealShake, Performance Drink, vitamins
  • Kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
  • Sediakan stok EBM mulai sekarang.
  • Ceria2 selalu - tension macam mana pun, usaha juga untuk SENYUM.
  • Jaga fizikal - banyakkan rehat, tidur cukup, etc…. jauhi stress
  • Psikologi - fikir positif inshaALLAH susu cukup utk si kecil.. 
  • banyakkan doa dan istigfar 

JADUAL SEMASA BERPUASA - KHUSUS UNTUK BF MOMMIES

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah . Digalakkan makan sup.. dan makanan yg tinggi protein. 
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP/ MealShake (gabungan terbaik) 
(4) Makan 3 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka puasa seperti biasa (makanan seimbang) + kurma (digalakkan, sunnah juga) 
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP/ MealShake (untuk dapatkan hasil terbaik)
(3) Makan 3 biji Alfalfa

Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP/ MealShake
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B Complex dan Vitamin C ( dan Ostematrix)
**Jarakkan pengambilan Vitalea & ostematrix/ESP/MealShake.Nak senang ambik je Vitalea lepas balik terawih :)

Jadual makan adalah FLEXIBLE, yang perlu ditekankan:
  1. Ambil supplement adalah paling optimum penyerapan selepas makan.
  2. Jangan ambil supplement sekali gus kerana ia ganggu penyerapan antara satu sama lain.

Bagaimana pula pengambilan vitamin lain??
Waktu Sahur:
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink, ESP dan Mealshake (gabungan terbaik).
  • Vitalea, B Complex & Vit C
Waktu berbuka:
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan Alfalfa, Vit C & Lecithin/Omega Guard
Selepas Terawih/moreh:
  • Zink, 
Sebelum Tidur
  • Ostematrix, Vit E/GLA
**Jarakkan pengambilan Vitalea & ostematrix/ESP/MealShake
 
Jika ada yang belum clear, boleh Whatsapp wani ye untuk sebarang pertanyaan. In shaa Allah Wani jawab yangterbaik untuk anda :)
 
Nak kekal bertenaga sepanjang Ramadhan supaya rutinanda tidak terjejas? Boleh cuba SET PERPUASA SHAKLEE. Selain tu, kurangkan rasa lapar dan dahaga kerana kandungan proteinnya memanjangkan tempoh kenyang. 

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

Wednesday, June 10, 2015

Set Kulit Lengkap Shaklee : Penyelesai Masalah Kulit, Jom Kita Rawat Dari Akar Umbi

Assalamualaikum semua...

Sebelum ni wani nak share tentang Set Kulit Shaklee tapi kali ni wani nak tambah dua  lagi supplement untuk kulit cantik ni iaitu GLA Complex dan ESP.



Kelebihan SET KULIT LENGKAP SHAKLEE

  • Menstabilkan hormin dan mengurangkan stress
  • Membantu memulihkan sel-sel kulit yang luka dan berjerawat
  • Memainkan peranan penting dalam pembinaan kolagen
  • Bertindak sebagai agen anti penuaan
  • Mencantikkan kulit
  • Mengandungi 9 jenis asid amino penting
  • Menganjalkan dan melembutkan kulit muka
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Mencerahkan kulit
  • Memperbaiki parut dan jeragat
Jom kita tengok beberapa TESTIMONI

 #TESTIMONI 1
#TESTIMONI 2
#TESTIMONI 3
#TESTIMONI 4
testimoni GLA & Vita C
#TESTIMONI 5

#TESTIMONI 6
pengguna amalkan Vita C, Vita E, GLA Complex & Collagen
Dah tengok testimoni-testimoni ni, mesti teruja nak cuba kan. Sebenarnya ada beribu-ribu lemon lagi testimoni SET KULIT SHAKLEE, kalau anda try search kat Mr Google akan jumpa ratusan testimoni lagi.

Anda nak cuba atau nak bertanya? Hubungi Wani ye. Harga PALING ISTIMEWA untuk pelanggan-pelanggan Wani :)
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

Tuesday, June 9, 2015

Cara nak Bancuh Cinch Energy Tea Mix Shaklee & Resepi Istimewa

Assalamualaikum semua..

Pagi ni wani nak share sikit tentang cara nak bantuh teh shaklee ni. Untuk mereka yang baru nak mencuba teh pelangsing ni mesti tertanya-tanya kan.


Cara paling simple dan mudah :

1 stick Cinch Energy Tea Mix + air suam/air panas/air sejuk/.(gunakan shaker supaya mudah larut)

Kita boleh pelbagaikan resepi bancuhan Cinch Tea untuk rasa yang lebih menyegarkan. Antara resepi bancuhan Cinch Tea yang popular ialah

Cinch Tea + Madu + Lemon

Cinch Tea + Lemon

Cinch Tea + Performance Drink

Cinch Tea + Vivix

Cinch Tea + Performance Drink + Vivix


Ada satu lagi resepi istimewa yang Wani nak share ...

gambar hiasan ; sumber dari Mr google

Resepi Bancuhan
  • 2-3 helai Daun pudina 
  • 1 Hirisan lemon 
  • 2 sudu Madu 
  • 1 sachet Cinch Tea Mix
Bancuh semua ini bersama 1 liter air sejuk atau panas. Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan minum sepanjang hari.

Jika terasa susah nak dapatkan daun pudina ni, boleh gantikan dan rendam 3 biji Peppermint Ginger Shaklee dalam minuman Cinch Tea Mix ini.  

Faedah kesihatan daun pudina termasuklah :
  • Melegakan saluran penghadaman dan mengurangkan kesakitan akibat sakit perut. 
  • Minum teh pudina herba mengurangkan sindrom-sindrom usus bermasalah. membersihkan perut dan juga menyelesaikan gangguan-gangguan kulit seperti jerawat.  
  • Memperlahankan pertumbuhan sel kanser 
  • Memberikan rasa dingin dan sejuk pada kulit
  • Merupakan deuretic semulajadi yang sangat hebat yang mampu menghapuskan toksin-toksin dari badan. 
  • Pudina mengurangkan pertumbuhan bakteria dan kulat dalam badan jika diambil dengan konsisten 
  • Membantu dalam memulihkan asma dan keadaan-keadaan alah yang lain. 
  • Membantu memutihkan gigi dan mengelakkan nafas berbau jika daunnya dikunyah 
  • Tinggi kandungan Vitamin A, C dan serat.
  • Akohol perillyl yang terdapat dalam pudina dipercayai mampu menghalang barah kolon, barah kulit dan barah paru-paru. 
  • Pudina ialah pencuci yang sangat baik untuk darah. 

***Kalau boleh Cinch Tea ni sediakan sahaja dalam handbag anda dalam beberapa sachet terutamanya jika anda memandu untuk perjalanan yang jauh, mudah sahaja koyakkan dan masukkan dalam botol air, goncang sedikit  dan terus minum, kesannya anda akan rasa lebih segar, tak mengantuk dan fokus untuk memandu. Untuk makluman apabila waktu petang metabolisma kita akan turun dan Cinch Tea membantu menstabilkan metabolisma kita.

Nak tahu lebih lanjut tentang keistimewaan Cinch Tea dan testimonial, klik sini

Sebarang pertanyaan atau tempahanboleh hubungi Wani ye:)

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

Cinch Energy Tea Mix : Teh Hijau Shaklee Untuk Pelangsingan Badan

Teh Hijau memang sinonim dengan diet, langsing, nak kurus. Ya memang betul dan Shaklee pun ada juga teh hijau tau malah fungsinya lebih dari sekadar teh hijau. Ada seorang hamba Allah ni, beliau adalah seorang penggemar teh hijau, banyak2 brand teh hijau yang dia rasa, Cinch Energy Tea Mix Shaklee yang terbaik katanya baik dari segi RASA dan EFFECTNYA!


CINCH ENERGY TEA MIX adalah adunan Propretari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang hebat dan istimewa. Malah Cinch Energy Tea Mix juga dapat Menambah Tenaga secara semulajadi dan bagus untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

EKSTRAK UTAMA DAN FUNGSINYA dalam Cinch Energy Tea


1) Matcha Green Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori up to 4x
2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.
Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni. So kesimpulannya sangat2 bagus untuk mereka yang nak menambah tenaga. Selain daripada itu, sesiapa yang kurang bersenam juga digalakkan mengambil CINCH ENERGY TEA MIX ini untuk membantu boost kan lagi metabolisma kita serta bagus untuk sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan. Satu paket mengandungi 28 sticks dan anda boleh ambil 1 stick sehari. Nak senang, bancuh je dalam tumbler atau bekas minuman dan bawalah ke mana saja anda pergi.


Baca di sini untuk mengetahui CARA BANCUHAN Cinch Energy Tea Mix.

Seperti biasa, setiap produk saya sertakan TESTIMONI nya. Jom kita tengok apa kata mereka.

#TESTIMONI 1

#TESTIMONI 2

#TESTIMONI 3

#TESTIMONI 4
Cinch Energy Tea akan meningkatkan metabolisme badan sekaligus mempercepatkan proses penurunan berat badan. Berpeluh2 tau bila minum teh ni.
Harga runcit : RM 131 ( 28 sticks). Hubungi Wani untuk harga paling istimewa!

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

Monday, June 8, 2015

Diari Hidupku:Pengalaman Manis di Mekah & Madinah Dec 2014

Bertemu kembali..
Sudah lama plan nak menulis di blog tentang kunjungan wani ke 'Tanah Haram' pada Dec 2014 yang lalu tapi asyik tangguh sahaja tetapi hari ni nekad nak menulis juga takut memori tu semakin lama semakin hilang ditelan masa. hehe.

Wani bersama suami dan family mentua sememangnya merancang pada awal tahun lagi untuk ke Mekah bersama. Sebenarnya ini rancangan mak  mentua Wani, so Wani ambik peluang nak menyelit sekali lah :) Terima kasih Mak dan Ayah kerana uruskan semuanya.

Pada awalnya kami dijadualkan berangkat pada 8 Dec 2014 tetapi ditunda ke 11 Dec disebabkan ada masalah Visa. Aduss berdebar betul bila ingat balik peristiwa ni, Wani dok ingat Allah tak izin dah Wani nak pergi, menangis tak berhenti selama 3 hari tu tapi malaslah nak cerita panjang part tu. Biarlah jadi sejarah dalam diari hidup.

Kami ke Mekah dulu dan baru ke Madinah. Mekah 7 hari dan Madinah 7 hari, fair and square. :)
Pada 11hb, berangkatlah kami, tinggal lah putera dan puteri kami di bawah jagaan mak sedara diaorang. Terima kasih tidak terhingga kepada kakakku Suryati yang main peranan penting sepanjang ketiadaan kami.Dia lah mak dialah ayah selama 14 hari. Haa, ni je pic yang sempat snap sebelum berangkat.
sepupuku datang bertemu mata sebelum berangkat

Kami di Airport Sultan Ismail Petra, dah check in untuk ke KLIA

Tengah terbang ke KLIA
 Lebih kurang pukul 8 malam, kami berlepas meninggalkan negara tercinta menggunakan khidmat Qatar Airways. Berderai lagi air mata sorang2, muka kena sorok hehe malu.Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2, terharu sgt2 kerana akhirnya telah dipilih Allah jadi tetamuNya.

Kami terus ke Jeddah tetapi transit di Qatar untuk bertukar flight. Perjalanan dari Malaysia-Qatar ambil masa 7 jam Qatar-Jedah ambil masa 2 jam.

menu kami dalam Qatar Air, Wani pilih menu nasi sebab mmg tak boleh berenggang dengan nasi.hihi. minuman jus epal.
 NIAT IHRAM DI MIQAT


orang kat sebelah tu dah pakai ihram dahh.
Alhamdulillah, masa ni suami dah siap berpakaian ihramnya, nampak cam kekok je, takpelah bang pengalaman pertama ni kan. Ihram wani? hehe sarung telekung je. Kami niat ihram pertama di Miqat Qarnul Manazil iaitu lebih kurang sejam sebelum dijangka sampai di Airport Jeddah. Inilah niat ihram pertama kami. Sesudah niat, tak putus2 bertalbiah
Labbaik Allahuma Labbaik...Labbaika lasarikalakalabbaik..Innalhamdah wanikmata...lakawalmulk lasyarikalak.....(Kami Datang ya Allah...kami Datang memenuhi panggilanmu,.....tiada sekutu untukMu.....  segala nikmat, pujian dan kuasa untukMu). Terasa airmata mengalir perlahan di pipi, antara penyesalan atas dosa-dosa, rasa sukacita dan syukur bergejolak menjadi satu.

Lebih kurang jam 4.30 pagi waktu tempatan, kami selamat sampai di airport Jeddah. Usai solat Subuh, kami bertolak ke hotel dengan menaiki bas yang sudah tersedia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
kami seramai 9 org bergambar di depan hotel. Tgh menunggu untuk check in.

agak lama jugak lah nak check in. Hati dah tak sabar nak melihat Kaabah

Posing ckett dengan pakaian 'baru'. Ihram ni mengingatkan kita yang kita semua sama ke di sisi Allah.


 Jom layan pic2 yang sempat Wani snap. Hehe snap sambil berjalan ada yang blur ada yang jelas.

TAWAF

Akhirnya..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Kaabah yang dirindui tersergam depan mata. Air mata berjurai lagi. Hanya Allah tahu perasaan ini ketika kali pertama melihatnya. Terharu, gembira, syukur. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Kami melakukan tawaf dengan lancar, Sepanjang ibadat ini, mulut  memang tak berhenti berdoa, berzikir. Semua wani mintak. Doa untuk diri sendiri, suami, anak2, mak ayah, keluarga tak lupa juga untuk kawan2 yang mengirimkan doa. Alhamdulillah dapat kenal sudut2 penting sekitar Kaabah. Kalau nak tahu Kaabah ada 4 penjuru. setiap penjuru ada namanya : Penjuru Hajar Aswad, penjuru Iraqi, penjuru Syami dan penjuru Yamani



SAI & TAHALLUL
Ketika Sai. Ulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Agak penat tapi pengalaman yang cukup seronok dan santai. 

Alhamdulillah selesai sudah Sai dan bertahallul maka selesai lah satu umrah.Berehat sebentar di bukit Marwah dan Solat Asar di sini sahaja.

Suasana dalam Masjdil Haram. Cantikkan seni binaannya.
 Mak mentua selalu ingatkan solat dalam masjidil Haram ni pahala nya 1000 kali daripada solat di masjid lain. Bukan 10 bukan 100 tapi 1000x ganda.Fuhh syukur lagi diberi peluang sampai ke sini.
Kami berempat. 2 adik ipar dan mak mentua.
Haa tu dia Pak Arab. Suasana di perkarangan Masjidil Haram di waktu malam.
 Masa Wani ke sana cuaca dingin tau. tak de lah sejuk sangat pun suhu dalam 18-22 darjah celcius. Kira dingin lah dibandingkan kat Msia tapi berganda dinginnya di Madinah.
time ni tgh jalan kaki dari masjid nak balik hotel lepas Isyak.
Time cuaca macam ni, waktu malamnya memang panjang, waktu siang pula singkat. Pukul 7.30 dah masuk waktu Isyak. Lepas Isyak kami dinner di hotel dan berehat di bilik je. Kebanyakkan antara kami mengadu penat tapi wani...Alhamdulillah mungkin setiap hari wani tak missed ambik supplement yang di bawa, masih rasa bertenaga hingga ke malam. Vitalea dan B Complex beri tenaga yang berpanjangan, Ostematrix pula bantu hilangkan lenguh2 kaki dan badan. Satu lagi Wani nak share, bukan nak bangga tau tapi nak share dengan pembaca. Sharing is caring kan. Sepanjang di sana Wani dan suami tak kena batuk, selsema mahupun demam. Dengan izin Allah kami sihat sepanjang buat amal ibadat di sana. Setiap hari Wani ingatkan suami jangan missed Vita C dan Omega Guard ( bantu tingkatkan imun). Maklumlah kami bilik berasingan, jadi selalu kena pesan. haha.
Kebiasaannya jemaah alami masalah batuk tau. Debu merata disebabkan kerja2 pembinaan dan penambaikan masjid. Alhamdulillah kami terlindung dari gejala batuk walaupun tak pernah pakai mask. Syukur lagi! Ni haa, supplement yang wani ambik sebelum tidur, Ostematrix nak hilangkan lenguh2 dan Herblax pula supaya pembuangan lancar. Kat sana kurang sikit lah minum air sebab nak kurangkan kekerapan nak buang air kecil ( jaga wudhuk). Alhamdulillah tiada masalah sembelit.

Wani sempat ajak suami buat tawaf sunat pada awal pagi, cuaca sejuk, kurang sesak dan mudah urusan. Ketika ini berpeluang 'berebut masuk' ke Hijr Ismail sekejap, bila dongak atas akan nampak Pancur Emas. Salah satu tempat mustajab berdoa. Syukur lagi Allah permudahkan apa yang kami rancang.


semoga kami diberi peluang datang ke sini lagi...rindu

di hadapan pintu Kaabah

Makam Nabi Ibrahim

ZIARAH TEMPAT2 DI MEKAH

tengah menunggu bas nak ziarah tempat2 bersejarah

sempat lagi tu..nak buat mcm mana, tunggu bas lama sgt.hehe

Tempat pertama yang kami ziarah ...Jabal Nur

Selfie skett di hadapan Jabal Nur

Welfie suami isteri..Jabal Nur
 Tempat kedua yang kami ziarah ialah Jabal Rahmah. Nak tau tak sejarahnya. Tempat ini merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah diusir dari syurga selepas 300 tahun terpisah. Wani nampak ramai jemaah yang panjat bukit ni untuk berdoa. Mak mentua bagitau, biasa orang berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga kat situ. Encik suami pulak sempat berseloroh, ada orang berdoa untuk poligami kat atas tu..huhu. Tak kisah lah labu nak doa apa pun.hihi.
Wani pula? teringin sgt nak panjat sampai puncak tapi takde geng la lagi pun masa agak singkat, tak pasal2 kena tinggal ngan bas pulak. Sempat panjat takat ni jerk ( seperti gambar di bawah).oklah tu kann.
sempat panjat jabal Rahmah takat ni jerk. jadi lah kan.

Dalam perjalanan pulang semula ke hotel, rombongan kami singgah sebentar di Muzim yang menempatkan khazanah berharga barang Mekah.



kat belakang wani tu model masjidil haram

mok dan ayoh..senyum skettt

dalam muzium.. selfie jangan selfie. dah diberi peluang ambik gambar kan.:)
pandangan dari dalam bas. sebuah kota yang lapang, jalan raya besar tak sibuk mcm kat tempat kita.

Suasana di luar bangunan juga lapang je tak ramai orang.

Sekitar Masjid Hudaibiyah. Ini adalah sisa binaan masjid lama. Kami bermiqat di sini untuk umrah ke3
Pejam celik pejam celik, tibalah hari untuk kami tinggalkan Kota Mekah, Masa untuk bertolak ke Madinah pula. Shopping?. tak shopping sangat lah kat Mekah sebab mak cakap 'tahan dulu, kita shopping di Madinah'. Orang kata Madinah pusat membeli belah.
Perjalanan ke Madinah dengan bas ambil masa lebih kurang 2 jam. Suatu perasaan yang sukar digambarkan lagi. Sedih, sayu rasanya nak tinggalkan Kota Mekah. Entah bila pula akan datang ke sini lagi.adoiii, menangis lagi.manja betul la.hihi

DI MADINAH

Sesampai di Madinah, cuaca dingin. Suhu lebih kurang 11 darjah celsius. Di Madinah, kebanyakan hotel berhampiran dengan Masjid Nabawi, bangunan hotel besar2 jika dibandingkan dengan Mekah. Jalan 5 minit je dah sampai masjid. Ni haa gambar hotel yang sempat Wani snap

bangunan hotel di Madinah
Jom kita saksikan video yang sempat wani rakam sendiri. Ketika bumbung masjid Nabawi terbuka. Sebelum ni tengok kat TV je tapi ketika ni di depan mata. Kagum...



video

Masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina Nabi selepas Masjid Quba'. Di sini lah terletaknya Makam Nabi Muhammad SAW dan dua Khalifah Islam, Khalifah Abu Bakar As Siddiq dan Khalifah Umar Al Khatab.



Anak Pak Arab. Comel giler. Rasanya dari negara Iran kot

Cantik kan senibina Masjid Nabawi. Sungguh unik. time ni ketika bumbung terbuka. Dah nampak langit.
PerkaranganMasjid Nabawi.. berteduh di bawah payung besar

Wakil Mutawif di sana sedang bercerita sejarah tempat2 di sana. Beliau merupakan seorang pelajar di Universiti Madinah.
Kami dibawa berjalan kaki sekitar Kota Madinah
 Di masjid ini terletaknya  Raudhah, tempat makam Nabi kita. Di luar masjid ini terletaknya Makam Baqi iaitu tempat para sahabat dan isteri Nabi dikebumikan.Di sini juga ditempatkan makam semua orang Islam yang meninggal di Madinah.


kenangan berlegar2 di sekitar masjid. Sungguh besar dan luas. Cuaca sangat dingin.Kadang2 tak tahan sejuk.
Ziarah di luar

Jabal Uhud

 Kami ziarah beberapa tempat bersejarah di Madinah. Jabal Uhud dan Ladang Kurma. Jabal Uhud merupakan kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa.
Inilah Jabal Uhud
Mutawwif sedang bercerita tentang Perang Uhud dan sejarah tempat ni.
 Ladang Kurma

Di ladang kurma ni, kita boleh rasa dan makan kurma seberapa banyak yang kita nak. Free of Charge tau tapi takat mana sangat lah nak makan kan. Macam2 nama kurma yang wani kenal antaranya kurma Ajwa ( kurma paling mahal ), sukari dan ambar tapi yang Wani paling suka kurma yang ada badam kat dalam tu.hehe




Selain tu, kami juga ziarah Masjid Quba dan Masjid Qiblataini.




Banyak kenangan manis di sini. Yang paling manis ketika di Raudhah lah. Bila ingat balik mesti gelak sorang2. Wani dan 2 lagi adik ipar lari pecut . Tau tau jelah kan nak masuk kawasan Raudhah tu macam mana lebih2 lagi waktu melawat untuk kaum wanita ni terbatas tak mcm kaum lelaki 24 jam dibuka. Beribu2 orang menunggu untuk masuk. Kalau berhijab hitam dan berniqab satu kelebihan lah sebab kat sana wanita arab diutamakan. Kiranya kena berlakon jadi wanita arab la. Tapi Wani redah je, pintu dibuka terus pecut serbu. hihi. Termengah-mengah bila sampai di Raudhah(karpet hijau). Kat situ nak berdoa, nak solat memang kena berebut.Ambik peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Sempat melawat Raudhah sebanyak 3 kali.Satu kenangan yang takkan lupa sampai bila2. Syukur lagi Allah permudahkan ke sana melawat Makam Nabi.

Shopping

Orang kata tak shopping tak sah kalau dah sampai Madinah. Salah satu aktiviti penting juga la. hehe tapi sayangnya tak sempat nak snap pic kedai2 kat sana. Kiri  kanan belakang depan ada kedai2 jual jubah. Mana lah tak mabuk jubah. Hari2 dok menjamu mata dengan jubah2 cantik ketika pergi dan balik masjid.Harga antara RM 50 ke RM 130 cam tu ikut kualiti material dan aksesori. Duit poket yang wani bawa memang habis untuk shopping. Haha bawak lah berapa 'K' pun confirm habis. ekeke.

Berangkat Pulang ke Tanahair

Pada 24/12/2014, tibalah masa untuk kami kembali ke Msia. Madinah-Qatar-Msia. Sekali lagi transit di Qatar tapi kali ni lebih lama, kami diberi bilik hotel untuk berehat. Dalam perjalanan Qatar-Msia, kami berpengalaman tayammum dengan pasir dan solat di dalam flight. Inilah pengalaman pertama wani.
antara menu dalam Qatar Airways

menu sedap dalam Qatar Airways
 Sampai di Qatar, kami dibawa ke sebuah hotel yang merupakan 'tempat persinggahan' sementara selama 6 jam. Pada pukul 11 malam kami berangkat semula ke airport Qatar untuk pulang ke Msia. Semuanya ditanggung oleh agensi kami.
suasana di luar airport Qatar. Lapang dan luas. Mewah

Tunggu nak naik bas untuk ke hotel

Alhamdulillah..dah check in hotel ni.
Bilik kami
 Dinner disediakan untuk kami. Apa lagi, guna peluang yang diberi sebaik mungkin.hihi
santapan salad kat sana

Nasi arab + kambing kat sana..nyum..nyum
Alhamdulillah, perjalanan lancar. Kami selamat tiba di KLIA pada jam 8 pagi. 
waktu ni tengah kumpul bagasi

Alhamdulillah, selamat tiba di tanahair

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Selamat tiba di Pengkalan Chepa pada jam lebih kurang 8 malam walaupun masa tu kami di pantai Timur sedang menghadapi ujian banjir besar.
Catatan perjalanan ibadat Umrah wani ini sebagai salah satu diari hidup wani supaya ianya tidak dilupa begitu sahaja, wani menulis tiada niat lain. Semoga bermanfaat untuk diri wani dan pembaca. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri Wani sendiri :)Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan