Thursday, September 25, 2014

Vitamin Untuk Hamil, Pantang & Menyusu semuanya lebih kurang SAMA!! JIMAT

RAMAI YANG KATA ;

'tak lenguh pinggang'
'tak cramp kaki'
'cergas dan bertenaga'
'kurang alahan di awal kehamilan'
'Hb darah cantik'

bila ambil VITAMIN IBU HAMIL semasa hamil dan selepas bersalin pula ramai yang kata ;

'Susu banyak'
'Kulit baby cerah dan bersih'
'rambut tak gugur'

** Kesannya dirasai sehingga selepas melahirkan bayi.

Apa yang ISTIMEWANYA VITAMIN IBU HAMIL?
✔Boleh diambil seawal kehamilan.
✔Boleh terus ambil untuk SET PANTANG dan SET MENYUSU
✔Si ayah pun boleh ambil sekali

Soalan-soalan famous tentang VITAMIN IBU HAMIL;

1) Adakah vitamin hamil selamat untuk saya ambil pada kandungan berusia 3 minggu?

Vitamin Hamil sangat selamat malah sangat baik untuk diambil sejak saat pertama persenyawaan berlaku. Malah mengikut nasihat doktor pakar, sepatutnya 6 bulan sebelum hamil tubuh ibu perlu mendapat zat folic acis dan semua vitamin sebagai persediaan hamil. Anda sudah?

2) Adakah Vitamin Hamil Shaklee berbau seperti vitamin yang ambil dari klinik?

Semua vitamin hamil ini diperbuat daripada tumbuhan dan bukan sintetik oleh itu ia tidak berbau kuat seperti pil dari klinik. 100% customer kami yang mengambil Vitamin Hamil ini mengakui vitamin ini tidak berbau dah mudah ditelan.

3) Perlukah saya ambil lagi vitamin klinik setelah ambil Vitamil Hamil Shaklee?


Tidak perlu lagi kerana Vitamin Hamil Shaklee 100% memenuhi keperluan ibu hamil. Malah penyerapan semua vitamin ini adalah lebih baik dalam tubuh. Seorang doktor pernah melaporkan Vitamin Ibu Hamil Shaklee lebih berkesan meningkatkan bacaan Hb darah berbanding vitamin lain.

4) Bolehkah saya ambil Vitamin Hamil Shaklee dengan keadaan saya ada Diabetes semasa hamil (GDM - Gestational Diabetes Mellitus)

Ya sangat boleh malah banyak kejayaan dilaporkan oleh pengguna Vitamin Hamil Shaklee di mana mereka berjaya mengawal kadar bacaan gula dalam darah dan tidak lagi manghidap GDM. Namun cara pemakanannya adalah special dan hanya boleh didapati dari kami EXCLUSIVE untuk pelanggan kami sahaja.

PM kami untuk order atau konsultasi secara percuma. Kami sedia membantu.

Utamakan kesihatan, yakini Shaklee!




FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : seluruh Kuala Terengganu / Kuala Nerus
POS ke seluruh Malaysia

Monday, September 22, 2014

Anak Lambat Bercakap, Apa Puncanya???


Apa yang buat saya tergerak hati nak menulis entry tajuk ini? Ini kerana anak saya adalah salah seorang dari kalangan anak lambat bercakap. Sufi Iman, hari ni sudah berumur 3 tahun 11 tahun. Tapi apa yang saya nak share ialah semasa umur Sufi antara 2 hingga 3 tahun.

Bila Umur Sufi dah masuk 2 tahun tetapi masih bercakap 'bahasa Jerman',  hehe, ramai yang minta saya bawak Sufi check doktor termasuk ahi keluarga saya. Saya sengaja lengah-lengahkan sebab yakin Sufi adalah kanak-kanak normal bila melihat kepintaran Sufi kenal semua huruf alphabet dan alif ba ta cuma tak dapat menyebut dengan betul. Bila adiknya yang berumur 1 tahun setengah dah boleh menyebut beberapa perkataan senang, saya dah mula gelisah. Awal tahun ini saya telah menghantar Sufi ke taska dengan harapan ada improvement. Pada bulan April tahun ini, saya dan suami telah membawa Sufi ke ENT dan Speech Therapist. ENT mengesahkan Sufi tiada masalah pendengaran. Speech Therapist juga mengesahkan Sufi normal cuma dari dalam kategori pertengahan.
Ketika itu Sufi boleh bercakap tetapi hanya dua patah perkataan sahaja contohnya 'Nak main', Ibu, susu'. Fuhhh..saya lega. Speech Therapist tidak pula meminta saya untuk datang buat rawatan theraphy cuma beliau ada memberi sedikit tunjuk ajar dan nasihat bagaimana untuk melatih anak bercakap di rumah. Apa yang saya buat, saya menghabiskan lebih banyak masa bersama Sufi melayan dia bermain, selalu mengajar dia perkataan-perkataan mudah contohnya 'Sufi nak susu'. Saya juga memperbanyakkan aktiviti luar contohnya mewarna, bermain pasir, bermain basikal, layang-layang dan yang paling penting saya mengawalnya daripada terlalu asyik dengan gadget(tablet). Saya akui sebelum ini saya silap kerana membiarkan Sufi terlalu asyik dengan gadget, Kesannya Sufi kurang bersosial.




Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap..

1) Genetik

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain. Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.


Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-KanakUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktorpersekitaran dan kesihatan mereka.Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.


Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibubapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambatbercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar) "Kanak-kanak berkeperluan khas" dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.

2) Kurang bersosial
Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya. Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata. “Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap.


Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.FAKTA: Percakapan kanak-kanak

Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembanganpra-linguistik).

Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.[b]INFO: Tip membantu anak bercakap.

Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap! Apabila bercakap dengan mereka, gunakan aya tyang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepadaanak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindakbalas

Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak. Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

Oleh Rohaniza Idris
dari Berita Harian.
Sufi Iman bersama ibu

Alhamdulillah, hari ini Sufi dah boleh bertutur dan membina ayat sehingga 5 perkataan walaupun ada sedikit pelat. Sufi suka dengan buku. Dia sering mengajak ibu melayan dia tengok buku. Saya banyak membelikan buku bergambar dan dari buku itu Sufi banyak kenal benda dan menyebut perkataan. Bila balik dari taska, Sufi selalu menyanyi, baca doa, baca iqra' 1. Alhamdulillah banyak improvement hari ini.
Nasihat saya kepada ibu-ibu yang ada masalah anak lambat bercakap,jangan putus asa dan risau. Ibu kena banyak main peranan. luangkan masa yang lebih bersama anak-anak. Bertindak awal sebelum keadaan semakin serius. Selain itu banyakkan berdoa mohon dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan anak-anak.Ameen.
Baca doa ni dan hembus ke madu, suap ke anak. In shaa Allah kita berikhtiar.


Friday, September 19, 2014

Kenapa Rahim Bengkak??

Salam ceria semua. Di harap para pembaca semua sentiasa dalam mood yang baik, ceria, senyum selalu. Petang Jumaat yang penuh tenang ini saya nak share satu ilmu. Bagi saya semua orang kena ambil tahu khususnya kaum wanita.

Kenapa rahim bengkak? Apa puncanya rahm bengkak? Kalau tak tahu jom kita baca penerangan Doktor Malinda di bawah ini. Ilmu Allah itu luas. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Jemput baca ilmu ini yang saya ambil dari FB Dr Malinda.

Kenapa Rahim Bengkak?

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.


- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?




Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
  •  haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?



  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
  • Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 

Luv, 

Dr. Malinda
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga pencerahan Dr Malinda ini memberi banyak manfaat kepada kita. Rupa-rupanya minyak  masak yang kita guna itu adalah punca besar fibroid dan cyst boleh terjadi. Jadi sayangilah rahim kita. Elakkan sebarang perkara yang boleh membuatkan rahim bengkak.Creadit to Dr. Malinda.

Kalau nak tahu apa kebaikan GLA Complex Shaklee sila klik link di bawah.

GLA Complex Shaklee Vitamin Kegilaan Wanita



REE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

Wednesday, September 17, 2014

Meal Shakes dan Omega Guard rahsia ANAK SIHAT & PINTAR

✿✿   SET ANAK SIHAT PINTAR  ✿✿

Anak pintar & sihat!! Pakej lengkap la. Ibu mana yang nak tengok anak sakit, anak kurang fokus. Betul tak?
Shaklee dapat membantu bagi ibu-ibu yang selalu hadapi masalah anak selalu kena demam, selsema, batuk atau asma. Bonusnya anak-anak kita akan lebih fokus semasa belajar.

#TESTIMONI SAYA SENDIRI

Sebelum saya belum kenal Shaklee, klinik adalah rumah kedua kami. Itulah kenyataannya. Anak-anak saya seramai 3 orang ( Suci 5 tahun, Sufi 3 tahun & Syafi 1 tahun ) memang demam tak miss setiap bulan,  demam secara berjemaah lagi..hehe. Saya dan suami memang bergilir-gilir ambil cuti. Bulan ni saya cuti bulan depan suami pulak cuti..hehe. CRK ( Cuti Rehat Khas ) saya memang dihabiskan macam tu jer.hehe. Tak tahulah kenapa anak-anak saya mudah sangat kena demam walhal dihantar rumah pengasuh je bukannya taska. Antibodi agak lemah.

Bulan Mac 2013, saya kenal Shaklee dan terus mencuba supplement untuk kanak-kanak iaitu Meal Shake dan Omega guard. Setiap hari memang konsisten beri Meal Shake hanya 1 sudu kecil dibancuhkan bersama susu mereka. Omega Guard pula saya beri selang sehari. Hasilnya Alhamdulillah bulan depan dua anak saya Suci & Syafi tak kena demam cuma anak kedua, Sufi agak mengambil masa untuk lihat hasilnya tetapi saya teruskan juga memberi Meal Shake & Omega. Masuk bulan ketiga Alhamdulillah Sufi dah tak demam. Alhamdulillah saya panjatkan syukur..sebelum dan selepas pengambilan supplement untuk kanak-kanak ni amat ketara hasilnya. Anak-anak saya tak mudah kena demam, selsema dan batuk..memang jarang sangat kena, kalau kena pun hanya sekejap je tak melarat demamnya. Kalau anak saya batuk pun, saya hanya beri Omega je tak beri pun ubat batuk. Alhamdulillah batuk hilang tanpa perlu ambil ubat. Yelah..pengambilan ubat yang kerap ni tak elok lebih-lebih lagu untuk peringkat anak-anak yang masih kecil.


Meal Shakes dan Omega Guard, gabungan supplement yang mantap untuk anak-anak.

Sebelum saya cerita panjang lebar tentang kenaikan dan manfaat Meal Shakes dan Omega Guard, saya ingin tatapkan anda dengan testimoni-testimoni dua supplement hebat ini. Jom layann.

#TESTIMONI 1


 #TESTIMONI 2

#TESTIMONI 3


  #TESTIMONI 4

#TESTIMONI 5


Ibu-ibu yang hebat, teruja untuk mencubanya untuk anak-anak bukan? Jom saya cerita Manfaat Meal Shake & Omega pula.

MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

✔Nutrisi lengkap-mengandungi 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Kekurangan pengambilan boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. 
✔Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darag, imun dll
✔Membantu tumbesaran-mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar. 
✔Anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
✔Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah kmerah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
✔Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. 
✔Kelazatan rasanya - minuman yang lazat berperisa vanilla untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

MANFAAT MEAL SHAKES UNTUK KANAK-KANAK

✔Kaya dengan sumber protein dan kalsium.
✔Penting untuk tumbesaran kanak-kanak
✔Adalah pilihan protein soya terbaik untuk anak-anak.
✔Untuk anak-anak yang kurang selera makan
✔Untuk anak-anak yang kerap kena demam, selsema & batuk
✔Merawat sembelit anak kerana kaya dengan serat
✔Untuk anak-anak yang ada asma

Rekomendasi untuk anak-anak: 
~ umur 1-5 tahun (hanya 1 sudu kecil sehari), boleh dibancuh bersama susu.
~umur 6 tahun ke atas ( 1 sudu besar setiap hari),boleh dibancuh bersama susu atau minuman karbonat kegemaran.

MANFAAT OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK
✔Amat penting untuk perkembangan dan fungsi otak.
✔Tingkatkan fokus semasa pembelajaran.
✔Meningkatkan sistem imunisasi
✔Menapis segala virus dan bakteria daripada badan.
✔Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Untuk lebih detail tentang kelebihan Omega Guard secara umum, klik sini.

GABUNGAN MANTAP DUA SUPPLEMENT INI IN SHAA ALLAH DAPAT MAMBANTU;
✔Anak-anak yang kurang selera makan
✔Anak-anak yang mudah terkena demam, selsema dan batuk
✔Anak-anak yang sembelit
✔Anaka-anak yang ada asma
✔Anak-anak yang tidak fokus di dalam kelas / lemah dalam pelajaran
✔Anak-anak obesiti


Ibu-ibu yang hebat, sekiranya ingin dapatkan SET ANAK SIHAT & PINTAR ini, hubungi saya.

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia




Tuesday, September 16, 2014

Manfaat Herbal Blend : Multi Purpose Cream. Ajaibnya!!!

Bertemu kembali kita di entry ini. Kali ni wani nak bercerita sedikit tentang Multi Purpose cream Shaklee ni tak lain dan tak bukan Herbal Blend. Krim ni sebenarnya dah jadi 'kawan baik' anak-anak wani . Anak-anak akan minta sapukan Herbal Blend bila digigit nyamuk atau gatal-gatal di kulit. Mungkin sebab rasa sejuk dinginnya, anak-anak suka. Wani pula selalu gunakan Herbal Blend sebagai lotion tangan, hilang kasar2 di tapak tangan. Jadi, wani akan bawa ke mana sahaja kami pergi terutama bila balik kampung maklumlah nyamuk banyak di kampung..hihi. Untuk cerita yang lebih detail, jemput baca entry di bawah yer .:)




Shaklee Herbal Blend diperbuat dari ekstrak herba semulajadi yang menenagkan iaitu sage, horse chesnut, varrow dan rosemary. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Herba-herba ini sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi dan mempunyai banyak khasiat seperti ekstrak rosemary yang boleh mengurangkan kulit gatal. Enzim di dalam daun sage mampu menghentikan pendarahan luka dan membersihkan ulser. Horse chestnut pula berfungsi melindungi pembuluh darah kerana dapat menghilangkan kerapuhan darah sekaligus mengembalikan kelenturan dan memperkuat daya tahannya. Manakala Yarrow pula telah digunakan sebagai ubat sejak zaman kuno lagi.

Stok Herbal Blend yang sampai di rumah wani. Tq abg Gdex



KEGUNAAN HERBAL BLEND
  • Membantu mengurangkan ekzema
  • Membantu mengurangkan keadaan kulit melecur
  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
  • Memberi kelegaan kerana ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losen untuk kegunaan harian
  • Bagus untuk luka dan calar
  • Mengurangkan ruam susu
  • Mengurangkan ruam panas
  • Mengurangkan bekas gigitan nyamuk atau serangga
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal
TESTIMONI HERBAL BLEND

#TESTIMONI 1

masalah eczema

#TESTIMONI 2

testimoni ruam


Sekiranya anda berminat untuk memiliki Herbal Blend, hubungi saya seperti di bawah :) 1 tiub ( 4oz) hanya RM 27.50. Hubungi wani ye untuk tempahan atau konsultasi :)

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia





9 Petua Hilangkan Ruam Lampin!

Apa Itu Ruam Lampin?

Ruam lampin ialah sejenis ruam yang bewarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang  ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan paha. 

Apa Yang Menyebabkan Ruam Lampin?

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh :
1. Air kencing terutama apabial lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah & keradangan. 

2. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi. 

3. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentuatau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pagawai farmasi atau doktor)

Antara Gejala-gejala yang dapat dilihat oleh mata kasar :
1. Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan paha.
2. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruam lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti. 



Apa Petua yang Boleh Diamalkan Jika terkena Ruam Lampin ?

1. Dedahkan ruam lampin kepada udara dengan menanggalkan lampin sekerap mungkin terutama jika ruam bertambah teruk.
2. Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkan segera.
3. Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam .
4. Sapu 'krim pelindung' setiap kali anda menukar lampin. 
5. Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap ; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
6. Jangan gunakan talkum/bedak bayi ata seluar plastik.
7.Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
8.Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin .
9. Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Apa Perkara Yang Perlu Dielakkan ?

1. Jangan biarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
2. Elak dari menggunakan seluar plastik terutama di waktu malam.
3. Jangan guna 'krim pelindung' sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya. 

Bagi mommies yang mencari krim pelindung yang sesuai, Shaklee ada produknya iaitu HERBAL BLEND. Inilah rupa Herbal Blend.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat Herbal Blend, boleh klik di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan