Tuesday, March 4, 2014

Jangan Mudah Berputus Asa - Teruskan Berusaha

Berputus asa adalah sifat yang perlu dijauhi oleh manusia. Putus asa adalah menifestasi dari jiwa yang lesu, natijah iman yang lemah. Sesiapa yang mudah berputus asa adalah orang yang kalah dalam perjuangan hidup dan kalah sebelum benar-benar menamatkan perjuangannya. 

Allah SWT berfirman, “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” – Surah Yusuf, ayat 87.

Kebanyakkan dari kita akan berputus asa apabila yang dihajati tidak tercapai, berhadapan dengan pelbagai masalah yang datang, dan bosan apabila melakukan perkara yang sama namun masih tidak mendatangkan hasil. Percayalah, setiap kegagalan itu adalah langkah kepada kejayaan. Matahari hanya memancarkan cahayanya apabila melalui malam yang gelap. Semakin gelap malamnya semakin dekat ianya dengan sinar matahari. Insya Allah. Selalulah berusaha dan berdoa kepadanya.  



Satu kisah yang menarik tentang sikap tidak berputus asa dan sentiasa berdoa yang ingin dikongsikan, ianya satu kisah yang menarik dan memberi kesedaran dan iktibar kepada kita semua. 

Disebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa ada seorang wanita tua yang kuat beribadat. Mata pencariannya adalah dengan membuat tempe dan menjualnya dipasar. Pada satu pagi beliau bangun untuk memulakan rutin hidupnya menjual tempe di pasar. Namun pada pagi itu beliau terkejut bila mendapati tempe yang dihasilkannya dari kacang soya belum benar-benar menjadi tempe. Diperiksa keseluruhan tempenya dan ternyata semuanya belum menjadi. 

    Gambar paparan sekadar hiasan 

Perempuan tua itu sangat sedih dan merasakan pastinya hari ini tiada rezekinya. Namun beliau tetap mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah dengan doanya 

              "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Namun kacang soyanya tetap tidak menjadi tempe. Namun perempuan tua itu percaya Allah pasti tidak zalim kepadanya. Dia terus membawa kesemua tempe yang belum menjadi itu ke pasar dengan harapan doanya akan dikabulkan Allah. Sebelum memulakan perjalanannya dia mengangkat tangan sekali lagi untuk berdoa 

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Namun, sesudah sampai dipasar, kacang soyanya tidak juga bertukar menjadi tempe. Dia sudah mula merasa sedih dengan keadaanya pada hari itu. Sudah pasti pada hari ini dia tidak berjaya menjual tempenya itu.  Walaupun di pasar penuh dengan orang namun perempuan tua tidak mempamerkan tempenya kerana merasakan tiada orang yang ingin membeli tempe yang tidak menjadi. 



Hari sudah petang dan keadaan pasar mula lengang, para peniaga mula mengemaskan barang-barang niaga. Beliau hanya mampu menunduk lesu dengan memikirkan bahawa hari ini tiada pendapatan untuknya. Namun dalam hatinya tetap tidak putus berdoa semoga diberi jalan oleh Allah. Beliau sekali lagi mengangkat tangan untuk berdoa 

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Pada keadaan pasar yang semakin lengang, beliau hanya mampu duduk sambil tidak putus-putus berdoa. Tiba-tiba ada seorang perempuan bertanya kepadanya "Makcik, maaf ya, saya ingin bertanya adakah makcik menjual tempe yang belum menjadi?," Perempuan tua itu terkejut dan pada kali itu dia mula berdoa dalam hatinya agar tempenya tidak menjadi. Setelah dibuka bungkusan tempenya ternyata memang tempenya masih belum menjadi. Beliau merasakan gembira bila semua tempe yang tidak menjadi itu diborong oleh perempuan tersebut. Sebelum perempuan itu berlalu pergi, beliau sempat bertanya kepada perempuan itu " Kenapa anak ingin membeli tempe yang tidak menjadi?", perempuan itu menjawab " Aku ingin menghantar tempe-tempe ini kepada anakku yang berada di London.Dia ingin sangat menikmati tempe dari desa, jadi aku mencari yang belum menjadi agar bila sampai di London nanti tempe-tempe ini akan menjadi sepenuhnya". 



Perempuan tua itu hanya mampu mengalirkan air mata dan mengucapkan syukur kepada Allah. Pada awalnya beliau merasakan tempe yang tidak menjadi itu adalah keburukan kepadanya namun akhirnya ia menjadi kebaikan kepadanya.   



Pengajaran:

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg kita perlukan dan apa yg terbaik buat diri kita.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yg lemah. Jangan sekali-kali berputus asa sekiranya apa yang dipinta belum kesampaian. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.





3. Teruskan dan jalankan tugas serta usaha kita hingga ke penghujungnya. Yang lain serahkan kepada Allah

3. Tiada yang mustahil bagi Allah SWT.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." [Al Baqarah:117]

“Hidup tanpa lawan tidaklah terasa indah. Hidup tanpa masalah adalah sepi,  Hidup ini akan indah apabila ada masalah untuk kita selesaikan.”

"Sepanjang hidup kita sudah berapa kali masalah kita berjaya laluinya, Kita sentiasa berjaya ke depan dengan meninggalkan setiap masalah yang pernah kita hadapi. 





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia


**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan