Monday, February 17, 2014

Membina Kecerdasan Otak Melalui Pemakanan Yang Sihat

Percayakah anda bahawa hanya segelintir manusia sahaja yang mampu menggunakan kemampuan otaknya pada tahap optima? Kita juga mampu membina kemampuan otak dan daya fikir melalui pemakanan yang baik. Ini kerana otak manusia juga memerlukan nutrisi dan gizi yang baik untuk membolehkan ianya berkembang. Antara makanan yang diyakini mampu memperbaiki fungsi otak dan merangsangkan pertumbuhannya adalah seperti berikut :- 


1. Ikan 
Ikan mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi yang mempunyai DHA dan EPA. Antara ikan yang dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi adalah ikan yang berada di perairan laut dalam seperti tenggiri, kembung, tuna dan sardin. Namun begitu ikan salamon dikatakan mempunyai kandungan Omega-3 yang paling tinggi. 

2. Telur 
Kenapa telur?  Dikatakan bahagian kuning telur mempunyai kandungan lecithin dan fosfolipid yang banyak. Lecithin adalah baik untuk perkembangan memori dan membina daya ingatan. Telur juga adalah sumber protein yang baik dan murah. 

3. Oat
Ini adalah makanan yang paling popular dikalangan kanak-kanak untuk sarapan. Oat mengandungi vitamin B, E dan pottasium yang baik untuk perkembangan otak. Oat akan membuatkan otak kita berupaya untuk berfungsi dengan kadar yang optima. 

4. Kekacang 
Kacang dapat membekalkan tenaga kepada anda melalui karbohidrat dan protein. Kacang kaya dengan vitamin B yang kompleks, serat yang baik, zat besi serta magnesium yang penting untuk meningkatkan fungsi otak. Kacang juga mampu membuatkan pemakannya berasa tenang dan meningkatkan daya tumpuan serta konsentrasi.  

5. Susu dan produk tenusu 
Seringkali susu akan dikaitkan dengan kalsium yang tinggi untuk proses tumbesaran anak-anak. Ianya baik untuk tulang dan gigi yang sihat. Namun selain itu, susu mengandungi protein dan vitamin B yang tinggi. Ia mengandungi Thiamin yang baik untuk meningkatkan daya kognitif terutamanya daya ingatan. Jika anda susah untuk tidur malam maka dicadangkan untuk minum susu segar yang dipanaskan. Namun pastikan ianya tidak terlalu panas, dengan erti lain dalam keadaan suam. Insya Allah anda akan tidur dengan lena. 



6. Bayam
Ingat cerita popeye? watak kartun ini tidak lekang dengan bayam atau daam english nya spinach. Bayam merupakan sumber magnesium dan vitamin B9 yang baik dan penting untuk proses relaksi otot dan pengembangan jaringan saraf. Selian itu Vitamin B9 mampu meningkatkan memori yang diperlukan untuk kecerdasan otak.  

7. Coklat
Walaupun dikaitkan dengan makanan yang menggemukkan, coklat sebenarnya baik untuk transmisi saraf kerana mengandungi magnesium. Selain itu coklat kaya dengan amfetamin yang membantu untuk menenangkan perasaan. Bagus untuk orang yang stress. 

7 jenis makanan yang dikongsikan disini adalah jenis makanan yang mudah serta murah untuk diperolehi untuk kesihatan dan kecerdasan otak kita. Namun selain dari gizi makanan yang baik, otak juga memerlukan kasih sayang serta maklumat yang baik untuknya kekal positif.   

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia


**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan